mari kita bantu umat Islam sedunia...

mari kita bantu umat Islam sedunia...

17 April 2009

rumah-rumah yg bakal dijual

sy update sket lagi gambar terkini..dah 99% siap..




jom kita tgk rumah2 di bawah ni..
ni antara projek pembinaan PKNS yang saya monitor.. tak lama lagi dah nk di jual ni.. dan rumah contoh pun dah boleh di kunjungi (tp belum siap 100%)..

jom kita tgk satu persatu..


146 unit sahaja!
nama tema belum ada lagi..
rumah contoh baru siap sekitar 90%..
tak lama lagi launch la ni..


124 unit sahaja!
nama tema belum ada lagi..
rumah contoh baru siap sekitar 93%..
sama spt diatas.. tak lama lagi nk launch dah..

dua2 rumah harga ni dijangka tak kurang RM300k seunit.. saiz : 20X70; lokasi : presint 12, seksyen U13 (sebelah Setia Eco Park); freehold

11 April 2009

Serangga & Kulat

..saya suka gambar ni tapi rasanya tetap tak sempurna hasilnya...
mcm ada tak kena je..

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

...macam semut-semut ni
(lagi gambar-gambar dari Ekspedisi Taman Negara)

Sepetang di Perkampungan Asli Dedari, Taman Negara Pahang

daifnya kehidupan mereka...


...kanak-kanak dedari

01 April 2009

Putih & Hitam

mangsa permainanku...
..dari mataku tersimpan seribu rasa?..

Atuk saya

ni la dia..
"Chana Bt. Kusin a.k.a ATUK JANNAH (nickname dia).. usia dia 97 tahun..
alhamdulillah sihat walafiat.. sakit tua sikit2 je.."

Taman Negara (II)


debaran canopy's walkway
Air Terjun Lata Iskandar... sejuk mata memandang

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya...
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Mencari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya

Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari mana dia al-Ghazali
Aku cari mana dia al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi, Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman, Dialah wali
Dia mencukupi, Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

Petikan puisi YAB Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
dalam Gagasan Islam Hadhari

Powered by Nikon D60